Jul 22, 2011

SAMUDERA




SMK SERI SAMUDERA

Alhamdulillah..saya sudah menamatkan praktikum di sekolah ini. Bermula daripada 2 Februari 2011 hingga 20 Mei 2011. Banyak pengalaman berguna yang saya dapat dan yang saya pelajari di sini. Syukur yang tidak terhingga terutamanya kepada Puan Pengetua yang sudi menerima kedatangan saya dan rakan-rakan di sini. Saya juga diletakkan di bawah bimbingan Puan Hairani Salleh. Kak Hairani sangat baik dan banyak yang saya pelajari daripada beliau. Terima kasih juga kepada pensyarah penyelia, Prof. Dr. Mahzan Arshad. Beliau sangat baik dan banyak perkara yang saya dapat daripada beliau. Sayangnya saya dapat bersama beliau sekejap je sebab beliau pensyarah baru di fakulti saya dan sebelum ini pun saya belum pernah belajar dengan beliau. Tapi ternyata pertemuan yang 3 ini sangat bermakna dan banyak yang saya dapat cungkil daripada beliau. Terima kasih Prof. atas semua tunjuk ajar.

Guru-guru dan kakitangan sekolah pun semuanya baik-baik belaka. Rasa bersyukur sangat saya memilih sekolah ini. Tak lupa juga kenangan bersama rakan-rakan praktikum. Walau ada suka duka namun itu semua pengalaman yang berguna. Baiklah ini antara coret-coret sepanjang saya di sini--->


* Mengajar 4SN2 dan 4PA
* Emcee Pelancaran NILAM
*Emcee Mesyuarat Agung PIBG
*Emcee Kejohanan Olahraga Pend. Khas Daerah Manjung
* Jurulatih Syarahan Agama
*Jurulatih Pidato Bahasa Melayu
*Membantu Pasukan Teater Sekolah


Semoga semua ini dapat saya jadikan panduan dalam meniti perjuangan seorang guru kelak.

(^__^)




No comments: