Jul 22, 2011

SAMUDERA




SMK SERI SAMUDERA

Alhamdulillah..saya sudah menamatkan praktikum di sekolah ini. Bermula daripada 2 Februari 2011 hingga 20 Mei 2011. Banyak pengalaman berguna yang saya dapat dan yang saya pelajari di sini. Syukur yang tidak terhingga terutamanya kepada Puan Pengetua yang sudi menerima kedatangan saya dan rakan-rakan di sini. Saya juga diletakkan di bawah bimbingan Puan Hairani Salleh. Kak Hairani sangat baik dan banyak yang saya pelajari daripada beliau. Terima kasih juga kepada pensyarah penyelia, Prof. Dr. Mahzan Arshad. Beliau sangat baik dan banyak perkara yang saya dapat daripada beliau. Sayangnya saya dapat bersama beliau sekejap je sebab beliau pensyarah baru di fakulti saya dan sebelum ini pun saya belum pernah belajar dengan beliau. Tapi ternyata pertemuan yang 3 ini sangat bermakna dan banyak yang saya dapat cungkil daripada beliau. Terima kasih Prof. atas semua tunjuk ajar.

Guru-guru dan kakitangan sekolah pun semuanya baik-baik belaka. Rasa bersyukur sangat saya memilih sekolah ini. Tak lupa juga kenangan bersama rakan-rakan praktikum. Walau ada suka duka namun itu semua pengalaman yang berguna. Baiklah ini antara coret-coret sepanjang saya di sini--->


* Mengajar 4SN2 dan 4PA
* Emcee Pelancaran NILAM
*Emcee Mesyuarat Agung PIBG
*Emcee Kejohanan Olahraga Pend. Khas Daerah Manjung
* Jurulatih Syarahan Agama
*Jurulatih Pidato Bahasa Melayu
*Membantu Pasukan Teater Sekolah


Semoga semua ini dapat saya jadikan panduan dalam meniti perjuangan seorang guru kelak.

(^__^)




Jan 6, 2011

Besungguh-sungguh

Hai semua...ok tgk tajuk pun dah kagum kan...theee
Baiklah..sebenarnya mula tahun 2011 saya sedang gigih untuk menurunkan berat badan. saya nak tutunkan berat badan sebab --->>

1. Menjaga kesihatan tubuh badan agar tidak mudah diserang pelbagai penyakit masa kini....(cewah).

2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan memenuhi nutrisi tubuh badan.

3. Nak kurus dan boleh bergaya dengan fesyen terkini (tp memenuhi etika menutup aurat).

Oleh itu, saya telah mula mengamalkan rutin diet yang saya cipta sendiri berdasarkan pelbagai maklumat yang saya perolehi daripada hasil bacaan saya. Mari kita lihat rutin diet saya ---->>

1. Sarapan pagi ---> segelas susu kambing spirulina + kuih.

2. Makan tengah hari ---> lauk-pauk dan sayur sahaja tanpa nasi / sup sayur + bihun.
3. Minum petang ---> secawan teh dan 3 keping biskut keri
ng.
4. Makan malam ---> Semangkuk kecil sup cendawan / secawan horliks, milo atau teh. (Jika perlu means kalau lapar sangat baru ambil)


Ini pula perkara tambahan yang saya amalkan ---->>

1. Banyakkan minum air masak.
2. Saya tak ambil roti kerana saya berdarah O. Orang yang berdarah O akan lebih mudah naik berat kalau selalu makan roti. Jadi saya hindarkan roti dan gantikan dengan biskut kering je.
3. Saya memang tak ambil nasi langsung.

4. Gantikan snek dengan buah-buahan dan biskut.

5. Saya tak makan malam dan makan sebelum jam 7 malam. Kalau lapar sangat dan takot perut masuk angin, saya akan buat air milo atau sebaginya untuk alas perut.


Tapi semua ni kene disusuli dengan senaman untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ok lah, mungkin cara diet ni dapat menjadi perkongsian dan dapat membantu anda semua. Doakan saya istiqamah dan berterusan dengan diet saya ini ye..bye2...<@--@>




*Dah kurus boleh pakai baju macam ni..nampak cantik je*

Jan 5, 2011

Panas Enjin

hyep semua...sihat?
Hari ni ada 3 entry pemanas enjin..
Sebab baru buat blog...

Sebelum pergi latihan mengajar ni, saya rasa saya perlu isikan masa yang ada untuk review balik semua ilmu yang telah dipelajari sepanjang 3 tahun 6 bulan supaya saya dapat menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan tidak tersasar..jadi apa yang perlu dilakukan ialah --->

1. Review balik semua tajuk TATABAHASA which means saya kena baca bali TATABAHASA DEWAN sebab ia merupakan tatabahasa pegangan di sekolah.

2. Kena master dalam semua jenis model pengajaran dan yang penting kena master buat RPH.

3. Ini paling penting. Emelkan peta sekolah dan contoh RPH kepada Prof Mahzan sebelum mula latihan mengajar.

4. Perlu persiapkan mental dan fizikal untuk sesuaikan diri di tempat baru dan kena pandai menyerap tekanan yang bakal dihadapi.

5. Kemas dan susun barang-barang untuk praktikum...(Ini pun termasuk jugak ke??)

6. Beli barang-barang keperluan sekolah dan keperluan mengajar ---> tapi kene tunggu PT keluar la...:p.

ok, setakat ini dulu check list saya...nanti kita check lagi ye..doakan saya ye semua

bye...>-<

Jan 4, 2011

Kesayangan Saya

Kesayangan saya = Anak-anak buah a.k.a anak-anak saudara saya. Now saya dah ada 5 orang anak saudara. 4 orang anak kakak yang sulung dan seorang anak kakak yang kedua. jum kita tengok anak-anak buah saya ni -->




Nama : Muhammad Najmi Muizzuddin Bin Abd Rahim

Ini anak buah saya yang sulung. Sekarang dia dah darjah 3 means 9 years old. Dalam family, kami semua panggil 'abg mie' sampai kwn sekolah pun ikut panggil 'abg mie'. Abg mie sangat gilakan toys lori, traktor, kapal korek dan yang seangkatan dengannya. Abg mie ni suke merajuk..geram je kalau dia merajuk...:p



Nama: Muhammad Fitri Hafizzuddin Bin Abd Rahim

Anak buah ke2 berumur 8 tahun. Fitri aka Pitti atau nama manjenye gendut..hahaha. Pitti ni sangat manje dgn ibu dia..buat apa pun semua nak kene ibu..nakal sikit tapi suke buat lawak dan suke bertanggungjawab..tapi kalau pitti xda, mmg xmeriah la suasana..




Nama: Siti Nadiah Afryna Binti Abd Rahim

Ini Nadia...sekarang Pra sekolah. Berumur 6 tahun. Hobi Nadia memang suka melawa dan bergaya sama macam ibu dia sbb mmg ibu dia yang banyak pengaruh dia..hehehe. Nadia ni bijak sangat kalau bercakap..macam orang besar..kadang2 sampai xlarat nak layan dia bercakap but sumtimes ngengada jugak budak pompuan ni...




Nama: Siti Nadeera Khadeeja Binti Abdul Rahim

Ok yang ni sebenarnya anak buah yang paling kecik iaitu Nadeera atau panggil adik je. Now Nadeera baru berusia 2 bulan. Actualy Nadeera adik bongsu mereka yang ber3 di atas tu..jarak umur pn agak jauh dgn kakak dia iaitu 5 tahun. Nadeera ni sangat ayu dan lemah lembut..masa baby kalau nangis pn sikit2 je..tp yang paling best dia ada lesung pipit kiri kanan...mesti cantik anak sedara mak cu ni...





Nama : Rizq Farees Bin Mohd Norisham

Yang ni plak anak kakak ke2..baru sorang..nama panggilan rizq tapi mak cu suke panggil dia TRIZ...sekarang berusia 7 bulan dan dah pandai merangkak. Triz ni suke meragam skit dan suke wat muke tersemik..tp dh mkin besar ni makin kurang meragam..tp triz ckp dia paling sayang kat mak cu dia sbb mak cu best..haha

ok. sekian.bye..@__@

Permulaan yang Indah

Hyep semua..saya kembali ke dunia blog. Tiba-tiba rase rindu nak berblog tapi kali ni saya memilih tema yang agak santai dan ckup sekadar perkongsian pengalaman dan maklumat yang mungkin berguna kepada sesiapa di luar sana. Harapnya begitulah....:)

*2011*

1. Tahun akhir saya belajar.

2. Mula berpraktikum dan INSYAALLAh akak mula mengajar -- doakan rezeki saya cepat.

3. Menjaga diri sendiri supaya lebih baik.

4. Menunaikan segala tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

5. Menunaikan tanggungjawab sebagai HambaNYA dengan penuh tawaduq.

6. Istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan.

7. Mempersiapkan diri untuk masa depan :p


Ini la antara beberapa perkara yang saya mahu lakukan sepanjang 2011. Doa-doakan saya ye semua...

bye<@--@>