Jan 6, 2011

Besungguh-sungguh

Hai semua...ok tgk tajuk pun dah kagum kan...theee
Baiklah..sebenarnya mula tahun 2011 saya sedang gigih untuk menurunkan berat badan. saya nak tutunkan berat badan sebab --->>

1. Menjaga kesihatan tubuh badan agar tidak mudah diserang pelbagai penyakit masa kini....(cewah).

2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan memenuhi nutrisi tubuh badan.

3. Nak kurus dan boleh bergaya dengan fesyen terkini (tp memenuhi etika menutup aurat).

Oleh itu, saya telah mula mengamalkan rutin diet yang saya cipta sendiri berdasarkan pelbagai maklumat yang saya perolehi daripada hasil bacaan saya. Mari kita lihat rutin diet saya ---->>

1. Sarapan pagi ---> segelas susu kambing spirulina + kuih.

2. Makan tengah hari ---> lauk-pauk dan sayur sahaja tanpa nasi / sup sayur + bihun.
3. Minum petang ---> secawan teh dan 3 keping biskut keri
ng.
4. Makan malam ---> Semangkuk kecil sup cendawan / secawan horliks, milo atau teh. (Jika perlu means kalau lapar sangat baru ambil)


Ini pula perkara tambahan yang saya amalkan ---->>

1. Banyakkan minum air masak.
2. Saya tak ambil roti kerana saya berdarah O. Orang yang berdarah O akan lebih mudah naik berat kalau selalu makan roti. Jadi saya hindarkan roti dan gantikan dengan biskut kering je.
3. Saya memang tak ambil nasi langsung.

4. Gantikan snek dengan buah-buahan dan biskut.

5. Saya tak makan malam dan makan sebelum jam 7 malam. Kalau lapar sangat dan takot perut masuk angin, saya akan buat air milo atau sebaginya untuk alas perut.


Tapi semua ni kene disusuli dengan senaman untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ok lah, mungkin cara diet ni dapat menjadi perkongsian dan dapat membantu anda semua. Doakan saya istiqamah dan berterusan dengan diet saya ini ye..bye2...<@--@>




*Dah kurus boleh pakai baju macam ni..nampak cantik je*

No comments: